Sedikit berkisar tentang pengenalan JKKKP :
LATAR BELAKANG KAMPUNG
Kampung parit 7 baroh ini merupakan Kampung
Tradisi yang terletak dalam Mukim Pasir Panjang Daerah Sabak Bernam disebelah
barat Pekan Sekinchan iaitu 23 KM daripada Pekan Sungai Besar dan 12 Km
daripada Pekan Tanjung Karang, dalam segi bentuknya , kampung ini terletak di
dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Sekinchan dan kawasan Parlimen Sungai
Besar.
Pentadbiran kampung ini dilaksanakan melalui satu
jawatankuasa yang diwujudkan oleh kerajaan iaitu JKKKP dengan ahli yang
dibenarkan seramai 15 orang. Semua badan-badan sukarela adalah dibawah
penyelarasan JKKKP. Didalam JKKKP pula dibentuk biro-biro seperti berikut:
- Biro Kepimpinan, Keselamatan Dan Insfrastruktur
- Biro Agama , Kerohanian Dan Sivik
- Biro Keceriaan & Keindahan Serta Hal Ehwal Wanita
- Biro Pendidikan
- Biro Ekonomi
- Biro Kesihatan Dan Kebersihan
- Biro Teknologi Maklumat
- Biro Ekonomi
- Biro Pendidikan
- Biro Belia, Sukan Dan Kebudayaan